AHMAD PAZIL MD ISA

8 terbunuh dalam kes tembakan di AS

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam ke tembakan di tiga spa berasingan di Georgia, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Akhbar tempatan melaporkan, seorang suspek lelaki berusia 21 tahun ditahan dan setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada semua kes berkenaan berkaitan.

CNN, memetik seorang jurucakap pejabat sherif Cherokee County, melaporkan empat maut dalam tembakan di Young's Asian Massage dekat Acworth, di Atlanta iaitu ibu negeri Georgia.

Empat lagi mangsa ditemui mati di Gold Massage Spa di Atlanta dan seorang lagi di spa Aroma Therapy yang terletak di seberang jalan.

Polis Atlanta berkata, empat mangsa adalah wanita yang difahamkan berketurunan Asia tetapi siasatan masih diteruskan dan motif tembakan belum dapat dipastikan.

Menurut CNN, jabatan sherif Cherokee County sedang meneliti sama ada jenayah terbabit berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan meminta saksi tampil membantu siasatan. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/03/796989/8-terbunuh-dalam-kes-tembakan-di

Comments