AHMAD PAZIL MD ISA

PEJUANG AKAN KALAH TERUK DLM PRU

 

PEJUANG adalah serpihan drpd BERSATU selepas perpecahan yang berlaku selepas peristiwa hotel HILTON. PEJUANG dipimpin oleh Tun Mahathir kerana tidak bersetuju dengan tindakan pimpinan BERSATU utk bersama UMNO menubuhkan kerajaan baharu


BERSATU pula selepas berada dalam kerajaan baharu menubuhkan gabungan parti antara PAS, GERAKAN, STAR Dan SAPP di Sabah.

PN walaupun pertama Kali bertanding tetapi memperoleh kejayaan utk menubuhkan kerajaan di Sabah bersama BN Sabah. 

Pada PRN Melaka, PEJUANG tidak bertanding tetapi pada PRN Johor, PEJUANG meletakkan calon di 42 kerusi. Walaupun begitu, nasib PEJUANG tidak bernasib baik apabila hilang deposit semua kerusi.

Selain PEJUANG, Pro Mahathir seperti WARISAN Dan MUDA juga bertanding di PRN Johor. Nasib WARISAN juga sama dengan PEJUANG apabila kalah teruk hilang deposit 4 kerusi dicalonkan. Akan tetapi nasib MUDA lebih baik kerana bekerjasama dgn Pakatan Harapan (PH) dgn memenangi 1 kerusi ketika mana PH kalah teruk di Johor. Malahan MUDA juga tidak hilang sebarang deposit.

Inilah bezanya apabila kita masuk bertanding dengan strategi Dan masuk bertanding hanya nak tunjuk kuat. Atas sebab kekalahan ini sepatutnya PEJUANG mengambil iktibar dan cuba mencari jalan bekerjasama dengan parti lain UNTUK menguatkan sokongan jika bertanding sendirian.

PEJUANG boleh bertanding semula dengan PH akan tetapi kerjasama ini akan menimbulkan pelbagai masalah dikemudian hari. Sepertimana kita tahu, Tun Mahathir mempunyai masalah dengan Anwar Ibrahim, jadi amatlah mustahil utk PEJUANG bekerjasama dengan PH jika PKR masih bersama PH.

Jika PEJUANG bersama PH sekalipun, nasib PEJUANG sama sahaja kerana PH sekarang sudah kehilangan sokongan pengundi setia mereka. Jika PEJUANG bersama PH kemungkinan PH juga akan diboikot oleh pengundi mereka kerana penyokong PH sudah hilang kepercayaan kepada Tun Mahathir dan PEJUANG.

Jadi, peluang terbaik PEJUANG adalah bersama Perikatan Nasional. Sebenarnya Perikatan Nasional tak ada masalah dengan PEJUANG tetapi PEJUANG sendiri tidak mahu bersama PN kerana PN bekerjasama dengan UMNO. 

Sebenarnya jika PEJUANG bersama PN nasib PEJUANG mungkin lebih baik kerana PN sebenarnya mendapat sokongan pengundi PAS, BERSATU Dan penyokong atas pagar. Dalam PRN Johor walaupun PN kalah tetapi sokongan rakyat kpd PN lebih baik kerana PN satu2nya parti yg menambahkan sokongan berbanding PH Dan UMNO sendiri. Antara punca kekalahan PN hanya sbb Johor adalah kubu kuat UMNO. 

Jika dibandingkan undi PAS Dan BERSATU dapat dlm PRU lepas, PN adalah satu2nya yg berkemungkinan akan terus mendapat sokongan pengundi termasuklah pengundi atas pagar. PN sekarang mendapat sokongan orang Melayu yg tidak menyokong UMNO.

Inilah kelebihan PN. Jadi, jika PEJUANG bersama PN, dgn kekuatan PN tak mustahil beberapa pemimpin PEJUANG juga boleh menang beberapa kerusi tetapi jika PEJUANG bertanding sendiri PEJAUNG hanya boleh menang kerusi LANGKAWI Dan KUBANG PASU sahaja.

Jika PEJUANG bertanding sendiri juga PERLIS cthnya hanya memberi kelebihan kpd UMNO lagi. Selain KEDAH, PEJUANG juga kuat di PERLIS. 

Inilah hakikat yg PEJUANG perlu terima. Mereka tidak dapat memberi apa2 kesan jika bertanding sendiri tetapi jika bersama PN bolehlah membuat perubahan dalam kerajaan daripada hanya bising menentang rasuah dan sebagainya tetapi tak ada sebarang impak.

Ingatlah, sekarang berbeza dgn zaman UMNO kuat dahulu. Sekarang tidak ada mana2 kuat yg boleh menubuhkan kerajaan dengan sendiri. Jika PEJUANG berterusan impi UNTUK bertanding sendirian Maka PEJUANG akan terus tenggalam selepas PRU nanti. Janganlah sehingga terlambat barulah nak menyesal.


Comments